Pelupusan Bahan Sitaan Rokok Elektronik atau Vape

Isnin, 22 Januari 2024 : 

MBJB telah membuat pelupusan bahan rokok elektronik atau ‘vape’ hasil operasi sitaan yang telah dijalankan sebelum ini di dalam kawasan bandar raya Johor Bahru. Sitaan 'vape' ini telah dibuat di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBJB) 2016. Sepertimana semua sedia maklum bahawa larangan penjualan rokok elektronik atau ‘vape’ di Negeri Johor ini juga telah berkuatkuasa sejak 1 Januari 2016.

Pelupusan ini dibuat terhadap hasil 62 kes sitaan barangan premis yang menjalankan aktiviti menjual rokok elektronik. Sebanyak 1.05 tan rokok elektronik telah dilupuskan hari ini dengan kaedah pelupusan e-waste. Aktiviti pelupusan hari ini turut dihadiri oleh Lembaga Pemeriksa Pelupusan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta SWM Environment.

Operasi tindakan penguatkuasaan terhadap larangan penjualan ‘vape’ ini akan dijalankan secara berterusan di kawasan MBJB. Warga bandar raya khususnya pemilik premis perniagaan adalah diingatkan untuk patuh terhadap undang-undang yang telah ditetapkan.

Pelupusan Rokok Elektronik atau VapePelupusan Rokok Elektronik atau Vape