MBJB TERIMA LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN

MBJB TERIMA LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN

Rabu, 13 Julai 2022 | MBJB telah menerima lawatan delegasi dari Majlis Perbandaran Sandakan di Menara MBJB, Bukit Senyum semalam. Delegasi Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) diketuai oleh Encik Irman Tajuddin Edy, Setiausaha Perbandaran MPS bersama-sama barisan Ahli Majlis dan pegawai dari MPS.

Lawatan ini bertujuan perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam aspek pengurusan pasar dan pasar malam, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, sistem kutipan cukai dan tunggakan cukai serta inisiatif dan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan.

Selain taklimat di Menara MBJB, delegasi turut dibawa melawat Pasar Setia Indah, Tapak Pelupusan Sanitari Seelong, Pasar Malam Taman Daya dan Bazar JB (Pasar Karat).

img
img