Majlis Sambutan Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Ke Istana Negara

Rabu, 31 Januari 2024 | Skudai Kiri, Johor Bahru

Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ke Istana Negara pagi ini bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 telah disambut meriah oleh warga kerja Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), warga Polis Marin, warga Klinik Kesihatan Tampoi, kuarters KKM, para pekerja serta penduduk di sekitar Skudai Kiri dan Skudai Kanan pagi tadi.

Turut bersama dalam majlis sambutan ini ialah barisan Ahli Majlis, pihak pengurusan, pengarah-pengarah serta para pegawai MBJB.

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku