Majlis Penyerahan Kurma Sempena Menyambut Ramadan PPBJB, PUSPANITA & ANULAE MBJB

11 Mac 2024 | Panggung Cempaka, Menara MBJB

YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kurma Sempena Menyambut Bulan Ramadan kepada warga kerja MBJB oleh Persatuan Perkhidmatan Bandaraya Johor Bahru (PPBJB), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) MBJB dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan (ANULAE) MBJB di Panggung Cempaka, Menara MBJB.

Hadir sama ialah Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB, Y. Bhg. Datin Hajah Azalila binti Haji Mohd Aris, Pengerusi PUSPANITA MBJB, Encik Mokhzani bin Mislan, Pengerusi PPBJB, Encik Rahmat bin A. Majid, Pengerusi ANULAE Cawangan MBJB, serta ketua-ketua jabatan MBJB dan ahli jawatankuasa persatuan.

Warga kerja MBJB mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada seluruh muslimin dan muslimat warga bandar raya Johor Bahru.

Penyerahan Kurma Sempena Ramadan

Penyerahan Kurma Sempena Ramadan