Majlis Menanam Pokok Melaka Sempena Konvoi Tahun Melawat Melaka 2024 di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru

Ahad, 10 Disember 2023 – YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru bersama ketua-ketua jabatan dan warga kerja MBJB menyambut Konvoi TMM 2024 di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru.

Konvoi TMM 2024 ini telah diketuai oleh Y. Bhg. Datuk Rahmad Bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka bersama-sama Y. Bhg. Datuk Zulkiflee Bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim Dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka dan Y. Bhg. Datuk Hj. Shadan Bin Hj. Othman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, merangkap Presiden MALA serta PBT-PBT Negeri Melaka.

Konvoi TMM 2024 telah hadir dalam Majlis Menanam Pokok Melaka sebagai tanda persahabatan atau ‘friendship tree’, menyampaikan bahan-bahan promosi sempena Tahun Melawat Melaka 2024 serta menyampaikan surat jemputan Pesta Gendang Nusantara 2024 yang akan diadakan pada Januari tahun hadapan kepada semua PBT di Johor.

Konvoi TMM 2024

Konvoi TMM 2024