Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman Antara Majlis Bandaraya Johor Bahru Dengan Agensi Teknikal Sebagai Rakan Strtegi Johor Fast Lane

MAJLIS MEMETERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU DENGAN AGENSI TEKNIKAL SEBAGAI RAKAN STRATEGIK JOHOR FASTLANE

Selasa, 27 Februari 2024 | Dewan Kenanga, Menara MBJB

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman bersama agensi teknikal sebagai rakan strategik Johor Fast Lane (JFL).

Hadir sama ialah agensi teknikal seperti Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru, PLANMalaysia@Johor, Jabatan Kerja Raya Johor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Jabatan Pengairan dan Saliran Johor, Jabatan Mineral & Geosains Johor, Jabatan Alam Sekitar Johor, Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Tenaga Nasional Berhad, SAJ Ranhill dan SWCorp.

Johor Fast Lane MBJB merupakan satu proses pemajuan yang dilaksanakan secara pantas dan tangkas bermula daripada sebelum kelulusan pelan sehingga bangunan siap dibina di tapak, seterusnya kebenaran beroperasi dalam masa yang singkat melalui gabungan proses di peringkat kelulusan pelan, pembinaan di tapak, pengeluaran sokongan CCC dan pemberian lesen pengoperasian.

Bagi menggalakkan pemaju atau operator merancang dan merancakkan pembangunan di kawasan pentadbiran MBJB, Terdapat 6 Insiatif Johor Fast Lane iaitu:-

i.Penyelarasan Awal Teknikal

ii.Kelulusan Secara Serentak

iii.Kebenaran Masuk Tapak Awal

iv.Permohonan Lesen Awal

v.Pemasangan Mesin Awal

vi.Penjimatan Masa Dan Kos

Di MBJB, skop JFL lebih meluas kepada semua jenis pembangunan yang berorentasikan perniagaan seperti:

i.Kemudahan swasta (hospital, sekolah dan dewan)

ii.Stesen minyak & serbaneka / restoran atau stesen minyak sahaja

iii.Kilang, bengkel, gudang dan showroom

iv.Pasaraya, kedai atau restoran

v.Hotel, motel dan rumah Rehat.

Johor Fastlane

 

MOU