9 Ogos 2026 menjadi satu detik bermakna buat Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) apabila parklet “Jauhar – The Living Gem” dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Parklet Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kategori Perbandaran/Bandaraya sempena Hari Landskap Negara (HLN) 2026 di Stadium Hang Tuah, Melaka.
Pengiktirafan berprestij ini membuktikan bahawa landskap bandar bukan sekadar mencantikkan ruang, malah mampu menjadi medium yang mengetengahkan identiti, warisan budaya, kelestarian alam dan inovasi dalam pembangunan bandar.
Anugerah telah disampaikan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kepada Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang idea, tenaga dan usaha sepanjang penghasilan Parklet “Jauhar – The Living Gem”. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Image
Image
Image
Image