Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru Sesi 1 April 2024 - 31 Disember 2025

15 April 2024 | Dewan Inai Merah, Menara MBJB Bukit Senyum, Johor Bahru.

Seramai 24 orang Ahli Majlis telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis MBJB bagi sesi 1 April 2024 hingga 31 Disember 2025 yang diadakan di Dewan Inai Merah, Menara MBJB, hari ini. Lafaz Akuan Penerimaan Jawatan serta Sumpah Menyimpan Rahsia dan Ikrar Menentang Rasuah telah dilaksanakan oleh barisan Ahli Majlis di hadapan Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Haji Miswan bin Yunus Setiausaha MBJB, Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB serta Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian MBJB.

Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MBJB

Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MBJB