Langkau ke kandungan utama

Lawatan Teknikal Oleh US Department Of Transportation (USDOT) dan Wakil Bandar-Bandar dari Amerika Syarikat serta Asean Ke Majlis Bandaraya Johor Bahru

12 Ogos 2025 | Menara MBJB
 
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berbesar hati menerima kunjungan seramai 35 orang delegasi daripada US Department of Transportation (USDOT) bersama wakil bandar-bandar dari Amerika Syarikat dan ASEAN, yang diketuai oleh Mr. Jonathan Robison, wakil rasmi USDOT. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan mengenai fungsi dan ciri-ciri yang terdapat di Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC).
 
Delegasi telah diberikan taklimat mengenai penggunaan teknologi kamera litar tertutup (CCTV) berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang digunakan oleh JBIOCC dalam pemantauan dan pengawasan bandar raya. Selain itu, mereka turut diberi penerangan mengenai hala tuju serta perancangan pembangunan Bandaraya Johor Bahru oleh Penolong Pengarah Jabatan Pengangkutan Bandar MBJB merangkap Komander JBIOCC, En. Ts. Ir. Dr. Choo Kok Wah. Turut hadir ialah Encik Mohd Nizam bin Daud, wakil dari Iskandar Regional Development Authority (IRDA).
 
MBJB merakamkan penghargaan kepada delegasi USDOT serta wakil-wakil dari Amerika Syarikat dan ASEAN atas kesudian mengadakan lawatan teknikal ini. Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat memberikan manfaat besar serta mengukuhkan hubungan kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua pihak.
 
Image
Lawatan
Image
Lawatan
Image
Lawatan
Image
Lawatan