Khamis, 13 Mac 2025 | Perpustakaan Sultan Ismail MBJB
Seramai 9 orang delegasi dari Majlis Daerah Kapit (MDK) yang diketuai oleh YBhg Cr. Lating Ak Minggang, Walikota MDK telah hadir ke Perpustakaan Sultan Ismail MBJB bagi Sesi Bengkel dan Penyediaan Kertas Kerja bagi Sudut Engkabang (Sustainable Corner)
Delegasi MDK telah diberikan taklimat berkenaan Sudut Lestari MBJB oleh Tengku Tarmizi bin T. Aziz, Pustakawan MBJB.
Terima kasih diucapkan kepada delegasi MDK kerana sudi mengadakan lawatan penandaarasan ini dan semoga perkongsian ilmu ini memberi jutaan manfaat buat warga kedua-dua buah bandar raya.