Langkau ke kandungan utama

Lawatan Sambil Belajar Delegasi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Ke Majlis Bandaraya Johor Bahru

23 Januari 2026 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru
 
Seramai 28 orang delegasi dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor yang diketuai oleh Dr. Siti Umairah binti Muhadi iaitu Pegawai Perubatan di JKNJ telah hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi sesi perkongsian berkenaan Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC) yang dijalankan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru.
 
Delegasi dari JKNJ ini telah disambut oleh Dr. Muhamad Khairi bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah Kesihatan MBJB, Encik Ts. Gs. Ir. Dr. Choo Kok Wah, Komander JBIOCC dan bersama beberapa orang anggota dari Jabatan yang lain. Dalam sesi lawatan ini, Dr. Choo telah memberi perkongsian berkenaan Pengoperasian di JBIOCC serta sasaran MBJB dalam mencapai Tahap 4 dalam Pengiktirafan Smart City. Manakala Dr. Khairi pula telah menyampaikan taklimat berkenaan usaha MBJB dalam menangani wabak denggi dan juga inisiatif Jabatan Kesihatan dalam penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam membuat analisis laporan wabak denggi.
 
Terima kasih diucapkan kepada delegasi Jabatan Kesihatan Negeri Johor kerana sudi mengadakan sesi lawatan ini dan berkunjung ke MBJB. Semoga kerjasama dan ikatan silaturrahim dapat dipupuk antara dua belah pihak.
Image
Lawatan Sambil Belajar Delegasi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ)
Image
Lawatan Sambil Belajar Delegasi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ)
Image
Lawatan Sambil Belajar Delegasi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ)
Image
Lawatan Sambil Belajar Delegasi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ)