Selasa , 15 April 2025 | Bilik Mesyuarat Dahlia, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru
Seramai 11 orang delegasi dari Jabatan Premier Sarawak (JPS) yang diketuai oleh YB Dato' Murshid DiRaja Dr. Juanda bin Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), telah hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi memahami sistem tadbir urus MBJB dengan mengkaji sumber pendapatan agensi yang sedia ada.
Delegasi JPS telah diberikan taklimat berkenaan latar belakang korporat MBJB yang disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Ithnin, Pengarah Khidmat Pengurusan MBJB manakala taklimat Jabatan Perbendaharaan MBJB pula telah disampaikan oleh Puan Fadzlina binti Abdul Malek, Pengarah Perbendaharaan MBJB. Turut sama hadir ialah Penasihat Undang-Undang, Pengarah Penilaian dan Pengarah Penguatkuasaan MBJB.
Terlebih dahulu, kehadiran delegasi JPS telah disambut oleh YB Dato' Haji Mohd. Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, di pejabat beliau.
Terima kasih diucapkan kepada delegasi Jabatan Premier Sarawak kerana sudi mengadakan lawatan penandaarasan ini dan semoga perkongsian ilmu dan pengalaman ini memberi jutaan manfaat buat kedua-dua pihak.

