Langkau ke kandungan utama

Lawatan Penandaarasan Amalan Terbaik Pengurusan "Smart City" Oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya

Selasa , 04 Februari 2025 | JBIOCC, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru

Seramai 37 orang delegasi dari Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang diketuai oleh TPr Hazman Bin Mohd Mahayudin, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar MBSJ, telah hadir ke Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi lawatan penandaarasan amalan terbaik Pengurusan Smart City yang dilaksanakan di MBJB.

Delegasi MBSJ telah diberikan taklimat berkenaan fungsi dan peranan JBIOCC oleh Encik Muhammad Amirul bin Muzapa, Penolong Jurutera Jabatan Pengangkutan Bandar MBJB manakala taklimat berkenaan amaran awal banjir pula telah disampaikan oleh Tuan Haji Sanip bin Sageh, Penolong Jurutera Bahagian Saliran MBJB.

Terima kasih diucapkan kepada delegasi MBSJ kerana sudi mengadakan lawatan penandaarasan ini dan semoga perkongsian ilmu ini memberi jutaan manfaat buat warga kedua-dua buah bandar raya.

Lawatan Penandaarasan

Lawatan Penandaarasan

Lawatan Penandaarasan