06 Januari 2026 | Pusat Kurungan Haiwan, Jalan Tahana, Johor Bahru
Majlis Bandaraya Johor Bahru telah menerima kunjungan dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang diketuai oleh Puan Putri Nur Sarah Syahirah binti Sulaiman iaitu Arkitek Jabatan Bangunan MBIP bersama dengan 8 orang pegawai ke Pusat Kurungan Haiwan MBJB Jalan Tahana.
Delegasi lawatan ini telah disambut oleh Dr. Muhammad Khairi bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah Kesihatan MBJB bersama dengan Encik Mohd Firdaus bin Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Kejuruteraan (Projek Bangunan) MBJB. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi melihat sendiri reka bentuk pusat kurungan haiwan yang baharu yang sedang dibina di Jalan Tahana.
Pusat Kurungan Haiwan MBJB yang baharu dijangka siap pada suku pertama tahun ini dan akan digunakan bagi menempatkan haiwan-haiwan jalanan yang ditangkap. Kemudahan ini juga dilengkapi dengan ruang pejabat, kaunter serta bilik mesyuarat dan yang lebih penting kurungan yang baharu direka bentuk agar lebih bersih, luas dan selesa berbanding fasiliti sedia ada.
Terima kasih diucapkan kepada delegasi dari MBIP kerana sudi berkunjung ke Pusat Tahanan MBJB. Semoga kerjasama dan ikatan yang erat dapat memberi sejuta manfaat antara Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Image
Image
Image
Image