Lawatan Kerja Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah ke MBJB

Isnin, 22 Januari 2024

Sekitar lawatan dari Jabatan Perancang Bandar Dan Wilayah Negeri Sabah di Menara MBJB Bukit Senyum. Lawatan ini bertujuan perkongsian maklumat berkaitan pelaksanaan Unit Pusat Setempat (OSC) supaya One Stop Centre (OSC) dapat ditubuhkan di Pihak Berkuasa Tempatan, Negeri Sabah melalui Jabatan Perancang Bandar Dan Wilayah Negeri Sabah.

Mengetuai delegasi lawatan ini ialah Tuan Augus Tamaning, Pengarah di Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah bersama-sama para pegawai dari Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan (KKTP) Negeri Sabah.

Lawatan

Lawatan