Kunjungan Reruai 'The Greater Johor Bahru' di JPEX 2023

KUNJUNGI RERUAI 'THE GREATER JOHOR BAHRU' DI JPEX 2023

Jom kunjungi ruang reruai 'The Greater Johor Bahru' di Johor Property Expo JPEX 2023 mulai hari ini Khamis, 27 Julai hingga Ahad, 30 Julai 2023 di Angsana JB Mall.

Dapatkan info dari 4 PBT 'The Greater Johor Bahru' iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Majlis Perbandaran Kulai, berkaitan cukai harta, pelesenan, info permohonan 'Fastrack', aplikasi MBJB Spot Version 2, dan lain-lain lagi di ruang reruai kami.

Anda juga boleh dapatkan konsultasi melibatkan isu-isu perumahan strata (flat kos rendah /pangsapuri) atau berkaitan perkhidmatan urusan pindah milik melibatkan kediaman.

Jom rebut peluang keemasan ini selama 4 hari ini.

Kunjungi Reruai