KUNJUNGAN HORMAT KE BIRO PENGADUAN AWAM BERKAITAN KERJASAMA INTEGRASI PORTAL GEOJB DAN APLIKASI MOBILE SUPERAPP DENGAN SISPAA

KUNJUNGAN HORMAT KE BIRO PENGADUAN AWAM BERKAITAN KERJASAMA INTEGRASI PORTAL GEOJB DAN APLIKASI MOBILE SUPERAPP DENGAN SISPAA.

Rabu, 20.7.2022 - Satu kunjungan hormat dari delegasi MBJB ke Biro Pengaduan Awam (BPA) Malaysia, Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional, telah diadakan hari ini berkaitan hasrat untuk mengintegrasi Portal GeoJB dan Aplikasi Mobile Super App dengan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Dalam sesi perbincangan hari ini, satu persetujuan telah dicapai selaras dengan halatuju MBJB untuk memudahkan orang awam untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan PBT, agensi kerajaan dan syarikat swasta terpilih dalam inisiatif 'The Greater JB'.

Delegasi MBJB hari ini telah diketuai oleh Tuan Haji Miswan bin Yunus, Setiausaha MBJB, bersama-sama pegawai kanan MBJB manakala di pihak BPA diketuai oleh Y. Bhg. Dato' Nor Sham binti Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Biro Pengaduan Awam Malaysia.

img
img