Langkau ke kandungan utama

JB Discovery Hunt 2025 Menggegar Bandaraya Johor Bahru

Pada Sabtu, 14 Jun 2025, suasana pagi di bandar raya Johor Bahru meriah dengan penganjuran JB Discover Hunt 2025!
Seramai 208 peserta dari 51 pasukan telah menyahut cabaran menelusuri 8 lokasi ikonik yang menjadi simbol sejarah, budaya dan identiti Johor Bahru iaitu:
  • Arca Zero Mile (Kilometer 0)
  • Johor Collection Centre
  • Bangunan Bank Rakyat
  • Zoo Johor
  • Yayasan Warisan Johor
  • Taman Merdeka
  • Hutan Bandar
  • TMIYC
Acara julung kali ini dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBJB, bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Encik Yazman Hafith bin Dato' Ismail, Ahli-Ahli Majlis MBJB serta barisan warga MBJB.
Hanya 10 pasukan terbaik berjaya membawa pulang hadiah lumayan:
  • JUARA – RM1,500
  • Tempat Kedua – RM1,000
  • Tempat Ketiga – RM700
  • Ke-4 – RM500 | Ke-5 – RM400
  • Ke-6 hingga Ke-10 – RM250 setiap satu
Terima kasih diucapkan kepada semua rakan strategik program serta para peserta yang memberikan sepenuh tenaga, semangat dan kreativiti!
JB Discovery Hunt