DATUK BANDAR JOHOR BAHRU KE KYOTO, JEPUN BAGI MEMENUHI UNDANGAN UNTUK MENJALANKAN SATU SESI KUNJUNGAN HORMAT BERSAMA DATUK BANDAR KYOTO

DATUK BANDAR JOHOR BAHRU KE KYOTO, JEPUN BAGI MEMENUHI UNDANGAN UNTUK MENJALANKAN SATU SESI KUNJUNGAN HORMAT BERSAMA DATUK BANDAR KYOTO.

KYOTO, 20 Julai 2022 – YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, bersama-sama delegasi dari MBJB dan IRDA telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi mesyuarat bersama Mr. Norikazu Okada, Deputy Mayor of Kyoto City, di Seicho-no-ma Ceremony Hall, Kyoto City Hall Japan pada 20hb Julai yang lepas. Mr. Norikazu Okada merupakan wakil rasmi Datuk Bandar Kyoto iaitu Mr. Kadokawa Daisaku, yang tidak dapat bersama pada saat akhir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sesi kunjungan hormat dan mesyuarat ini adalah dalam rangka lawatan kerja Datuk Bandar Johor Bahru dan delegasi MBJB ke Kyoto City bagi penandaarasan pembentukan sebuah bandar pintar, lestari dan rendah karbon dengan kerjasama Kyoto City Hall, Japan International Cooperation Agency (JICA), Kyoto Environmental Activities Association (KEAA) dan Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (IRDA).

Selain itu, delegasi MBJB yang diwakili beberapa pegawai turut dijemput oleh pihak KEAA ke Kyoto untuk sesi kursus pembelajaran dan perkongsian dalam membangunkan sebuah Pusat Ekologi.

Untuk makluman warga bandar raya, MBJB telah memeterai sebuah Memorandum Persefahaman bersama Kyoto City Hall, JICA, KEAA dan IRDA pada tahun 2021 bagi tujuan pembangunan sebuah Hab Masyarakat Rendah Karbon di Johor Bahru Bagi Tujuan Jaringan dan Pembangunan Kapasiti dan Sebagai Model Untuk Negara ASEAN. Melalui kerjasama ini, sebuah Pusat Ekologi akan dibangunkan di bandar raya Johor Bahru bagi tujuan pendidikan, konservasi, serta melatih masyarakat dalam aspek persekitaran dan rendah karbon yang akan menjadi pusat rujukan di dalam Negeri Johor. Pusat Ekologi turut ini akan dijadikan platform untuk memperkenalkan ‘the Kyoto-Model’ dalam aspek rendah karbon dan kelestarian alam sekitar kepada bandar-bandar lain dalam Malaysia serta wilayah ASEAN. Pihak JICA juga telah komited untuk memperuntukkan sebanyak RM 2 juta bagi pengisian Pusat Ekologi ini termasuk latihan dan perkongsian kepakaran.

Kerjasama ini juga selari dengan matlamat MBJB untuk menjayakan agenda Sustainable Development Goals (SDGs) yang telah dirangka oleh United Nation (UN). Hadir bersama dalam sesi mesyuarat di Kyoto City Hall pada hari ini ialah Mr. Akihide Tanaka (Chairman of the Kyoto City Council), Mr. Takao Yoshida (Vice-Chairman of the Kyoto City Council), Kazuhiro Inoda (Supervising Director of Global Environment and Energy), Mr. Izuru Kimura (Director General of JICA Kansai Center), Mr. Tatsuro Niikawa (Chairman of Kyoto Environmental Activities Association).

img
img