Skip to main content

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj 2026

24 Januari 2026 | Surau Al-Mukhlisin, Taman Setia Indah
Sempena peristiwa agung Israk dan Mikraj, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan kerjasama Surau Al-Mukhlisin telah menganjurkan majlis tausiyah yang penuh pengisian rohani dan keinsafan. Tausiyah telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Jazlan bin Abdullah, Pengarah Pusat Pendidikan Al-Amin.
 
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, serta dihadiri barisan pengurusan tertinggi dan warga kerja MBJB. Mudah-mudahan penganjuran program ini menjadi wasilah kepada pengukuhan iman dan ukhuwah sesama kita.
Image
Majlis Israk Mikraj
Image
Majlis Israk Mikraj
Image
Majlis Israk Mikraj
Image
Majlis Israk Mikraj