Skip to main content

Program Taklimat Kebersihan Tandas Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) dan Syarat Pelesenan Premis Makanan Majlis Bandaraya Johor Bahru

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menganjurkan Program Taklimat Kebersihan Tandas Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) serta Syarat Pelesenan Premis Makanan pada 20 Januari 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Kenanga, Aras 2, Menara MBJB, bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini telah dihadiri seramai 196 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha pelbagai kategori premis di sekitar kawasan pentadbiran MBJB.
 
Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran serta pemahaman pengusaha premis terhadap kepentingan kebersihan tandas awam dan pematuhan syarat pelesenan premis makanan. Selain itu, program ini juga menjadi platform penyampaian maklumat berkaitan inisiatif MBJB dalam memperkasakan pengurusan kebersihan tandas secara lebih sistematik, bersepadu dan berterusan.
 
MBJB berharap agar penganjuran program seumpama ini dapat memberi impak positif dalam membudayakan amalan kebersihan yang tinggi, meningkatkan tahap pematuhan perlesenan serta memperkukuh imej Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya yang bersih, selesa dan berdaya huni.
Image
Taklimat Kebersihan Tandas Bersih, Menawan dan Wangi (BMW)
Image
Taklimat Kebersihan Tandas Bersih, Menawan dan Wangi (BMW)
Image
Taklimat Kebersihan Tandas Bersih, Menawan dan Wangi (BMW)
Image
Taklimat Kebersihan Tandas Bersih, Menawan dan Wangi (BMW)