Skip to main content

Ribuan Penunggang Basikal Susuri Laluan Sekitar Johor Bahru Bagi Acara Sulung OCBC CYCLE JB 2025

Johor Bahru, 14 Disember 2025 – Lebih daripada 1,700 penunggang basikal telah menyusuri jalan-jalan di bandar raya Johor Baharu untuk menyertai edisi sulung OCBC Cycle Johor Bahru (OCBC Cycle JB 2025).
Dengan tema 'Jom Kayuh', para peserta OCBC Cycle JB 2025 telah dilepaskan pada jam 6.45pg oleh Tuan Haji Harulisam Ismail, Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBJB selaku wakil rasmi Datuk BandarJohor Bahru, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OCBC Malaysia En. Tan Chor Sen, CEO Multigreen Events Sdn Bhd, En. Nezzam Malek, serta Ahli-Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Jabatan MBJB. Sementara itu, CEO OCBC Al-Amin Bank Berhad, Tuan Syed Abdull Aziz Syed Kechik telah menyertai acara kayuhan bersama 200 rakan sekerjanya daripada OCBC.
Datuk Bandar Johor Bahru amat mengalu-alukan penganjuran acara kayuh basikal besar-besaran sulung ini berikutan dua tahun menjayakan sesi JB Car-Free Morning (Pagi Tanpa Kereta JB).
“Acara seperti ini bukan sahaja satu peluang untuk memupuk gaya hidup sihat tetapi juta menarik penglibatan komuniti dan menggalakkan pelancongan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada OCBC Malaysia kerana menjadi nadi penggerak di sebalik inisiatif bermakna ini,” katanya.
Acara sulung OCBC Cycle JB ini melibatkan peserta dari Malaysia dan 18 negara lain, dengan peserta lebih serius menggunakan laluan 42 kilometer (2 pusingan litar 21 kilometer) manakala penunggang riadah memilih kayuhan satu pusingan 21 kilometer. Kanak-kanak berpeluang mengambil bahagian dalam acara basikal tolak, manakala pasukan-pasukan menyertai Kayuhan Datuk Bandar JB.
Acara berbasikal beramai-ramai ini telah ditaja oleh penaja utama, OCBC Malaysia, dianjurkan oleh Multigreen Events Sdn Bhd (Multigreen Events), dan disokong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Ia menghimpunkan peserta serantau yang terlibat dalam sukan berbasikal, bekalan berkaitan basikal, pakaian sukan, basikal, kelengkapan dan peralatan basikal menerusi Bike Mart.
Selain daripada OCBC Malaysia sebagai penaja utama OCBC Cycle JB, para penaja lain termasuk Pac Lease, Great Eastern Takaful, Brompton, Decathlon, POS Malaysia, 100 Plus, MILO, Sports World, N8, ECO Lifestyle Med Health, Proton E-Mas, Smart, AG Autoworld, EMW dan Vitagen.
Untuk maklumat lanjut tentang OCBC Cycle JB, sila layari www.ocbccyclejb.com

OCBC Cycle JB 2025 

OCBC Cycle JB 2025