Skip to main content

Pelancaran CASBEE ISKANDAR MBJB Catat Sejarah Baharu Pembangunan Hijau Johor

08 Disember 2025 | Menara MBJB
 
Majlis Perasmian Pelancaran CASBEE Iskandar MBJB, Pembangunan Hijau & Cabaran @ MBJB 2025–2030 telah berlangsung dengan jayanya serta menerima penyertaan yang amat memberangsangkan daripada para pemain industri dan agensi berkepentingan. Pelancaran ini menjadi platform penting dalam memperkukuh komitmen bersama terhadap pembangunan hijau, penilaian bangunan mampan serta usaha kolektif menuju bandar raya rendah karbon.
 
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor; YB Dato’ Ir. Hasni Mohamad, Pengerusi Johor Sustainable Centre; YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA); YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru; YBhg Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Iskandar Puteri; serta YB Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang. Kehadiran para pemimpin ini melambangkan komitmen kukuh terhadap agenda pembangunan mampan di negeri Johor.
 
Majlis Bandaraya Johor Bahru turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PAM Southern Chapter sebagai rakan strategik yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan inisiatif ini, di samping para panel, peserta, dan semua pihak industri yang telah menjayakan pelaksanaan program ini. Kerjasama erat ini terus mengukuhkan aspirasi bersama dalam merealisasikan Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya lestari dan bebas karbon menjelang tahun 2050.
 
Image
Pelancaran CASBEE
Image
Pelancaran CASBEE
Image
Pelancaran CASBEE
Image
Pelancaran CASBEE