Skip to main content

Lawatan Penanda Arasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Ke Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Johor Bahru

7 Ogos 2025 | Menara MBJB
 
Majlis Bandaraya Johor Bahru telah menerima kedatangan daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri pagi tadi dan telah disambut oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Ithnin, Pengarah Khidmat Pengurusan MBJB. Delegasi seramai 21 orang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang diketuai oleh Encik Azrullail bin Masijan, Pengarah Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
 
Tujuan lawatan adalah untuk menimba pengetahuan berkenaan Pengurusan Mesyuarat dan Hal Ehwal Islam di Majlis Bandaraya Johor Bahru, sekali gus memberi peluang kepada pihak MBIP untuk melihat sendiri pelaksanaan serta pendekatan yang digunakan oleh MBJB dalam memperkasakan pengurusan dalaman dan pembangunan nilai Islamik dalam pentadbiran.
 
Terima kasih diucapkan kepada delegasi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Semoga lawatan ini memberi manfaat dan mengeratkan lagi hubungan kepada kedua-dua belah pihak khususnya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan di daerah Johor Bahru.
 
Image
Lawatan MBIP
Image
Lawatan MBIP