Skip to main content

Kunjungan Hormat KPP E2 Ke Pejabat Datuk Bandar MBJB

24 Julai 2025 | Menara MBJB
 
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menerima kunjungan hormat daripada P/DCP Dato’ Mohammad Shaharul bin Md. Osman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial, Bukit Aman bersama delegasi pegawai kanan dari Bukit Aman dan Cawangan Khas Johor.
 
Delegasi turut disertai oleh barisan pegawai kanan dari Bukit Aman dan Cawangan Khas Johor, termasuk:
SAC Nor Azizi bin Maarof (Ketua Cawangan Khas Johor), Supt. Dr. Mazli bin Mamat (PT. E2B2 Bukit Aman), Supt. Mohd Nazroll bin Amir (Pegawai Turus E2 Johor), KCKD IP serta ASP Syiah binti Abdullah (Pegawai Cawangan Khas Johor).
 
Pertemuan ini bertujuan memperkukuh hubungan kolaboratif serta merangka langkah strategik antara Cawangan Khas dan pihak berkuasa tempatan (PBT), khususnya dalam menangani isu-isu semasa yang melibatkan sentimen awam.
 
MBJB amat menghargai kerjasama erat bersama Polis Diraja Malaysia dalam memastikan keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan bandar raya Johor Bahru sentiasa terpelihara.
 
Image
Kunjungan Hormat
Image
Kunjungan Hormat