Skip to main content

Majlis Penyerahan Anak Pokok Gambir Oleh Persatuan Tiong Hua Johor Bahru Kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru

18 Mac 2025 | Rumah Johor, Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru

Majlis penyerahan anak pokok gambir telah diadakan di Pejabat Jabatan Landskap Rumah Johor, Hutan Bandar. Persatuan Tiong Hua Johor Bahru, yang diketuai oleh Pengerusi Encik Ho Sow Tong, telah menyumbangkan sebanyak 15 anak pokok gambir kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Sumbangan ini diterima oleh Pengarah Jabatan Landskap, Puan LAr Mustika Ally binti Zulkifli.

Pokok gambir mempunyai nilai sejarah yang penting dalam perkembangan ekonomi dan budaya Johor sejak dahulu lagi. Dengan inisiatif ini, MBJB berharap dapat memelihara dan menghidupkan kembali kepentingan tanaman ini, selain memperkayakan kepelbagaian flora di kawasan bandar.

Usaha ini bukan sahaja bertujuan memperindah landskap Johor Bahru tetapi juga untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara pokok-pokok warisan. Semoga lebih banyak pihak akan bersama-sama menyokong usaha penghijauan dan kelestarian alam sekitar ini demi kesejahteraan generasi akan datang.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg Dato' Dr. Kassim bin Thukiman, Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor serta ahli-ahli Persatuan Tiong Hua Johor Bahru. Semoga usaha murni ini terus membawa rahmat dan kebaikan kepada semua. Terima kasih kepada Persatuan Tiong Hua Johor Bahru atas sumbangan yang bermakna ini

Majlis Penyerahan Pokok

Majlis Penyerahan Pokok