18 Mac 2025 | Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru
Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Ilahi, Program Tadarus Al-Quran Perdana peringkat Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah berjaya diadakan bersama YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBJB dengan penyertaan warga kerja MBJB.
Program ini bukan sahaja memperkukuhkan kecintaan kita terhadap Al-Quran, tetapi juga menyemarakkan semangat Ramadan dengan amalan membaca dan memahami ayat-ayat suci.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga segala usaha kita diterima sebagai amal soleh dan diberkati oleh Allah SWT.