Skip to main content

Program Bicara Buku @ MBJB

Sekitar Program Bicara Buku @ MBJB yang telah diadakan hari Rabu, 5 Februari 2025 di Panggung Cempaka, Menara MBJB.

Pada bicara kali ini, 2 orang pegawai MBJB, iaitu Puan Ir. Ts. Mazlifah binti Isa, Timbalan Pengarah Kejuruteraan (Kejuruteraan Awam), Jabatan Kejuruteraan, MBJB telah membicarakan buku berjudul Langit Ilahi, digandingkan bersama Encik Mohd Yunus bin Embok Mosik, Penolong Pengarah Bangunan (Inovasi Bangunan & Permit Sementara) Jabatan Bangunan, MBJB membicarakan buku berjudul Arkitek Pelukis Jalanan.

Moderator siri Bicara Buku kali ini dikendalikan oleh Encik Mohd Noh bin Atan, Penolong Pengarah Pengurusan Harta ( Pengurusan Fasiliti ), Jabatan Pengurusan Harta, MBJB.

Untuk makluman semua, siri program Bicara Buku @ MBJB anjuran Perpustakaan Sultan Ismail ini akan diteruskan pada bulan-bulan akan datang dengan kupasan judul-judul buku yang lain yang juga akan disampaikan oleh para pegawai MBJB.

Program Bicara Buku

Program Bicara Buku

Program Bicara Buku