Ahad, 25 Jun 2023 | Sesi Lelongan Barang Sitaan Penguatkuasa Bil 2/2023 bagi barang sitaan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MBJB) 2010, Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran (MBJB) 1981 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBJB) 2016 telah dilaksanakan hari ini di Panggung Cempaka Menara MBJB. Sebanyak 365 lot yang merangkumi 189 jenis barang sitaan yang telah dilelongkan. Sesi lelongan hari ini telah dihadiri oleh seramai 64 orang pembida.