MBJB TERIMA LAWATAN NAMHAE COUNTY COUNCIL, REPUBLIC OF KOREA

MBJB TERIMA LAWATAN NAMHAE COUNTY COUNCIL, REPUBLIC OF KOREA

Selasa, 21 Februari 2023 - MBJB menerima lawatan delegasi dari Namhae County Council, Republic of Korea, di Menara MBJB hari ini. Delegasi Namhae County Council telah diketuai oleh Mr. Lim Tae-Sik, Chairman of Namhae County Council, yang hadir bersama-sama Mdm. Jeong Yeong-Ran, Vice Chairman of Namhae County Council, barisan 'Committee Members dan 'Councillors' dari Namhae County Council.

Terlebih dahulu, Mr Lim Tae Sik telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Datuk Bandar Johor Bahru sebelum diberikan penerangan berkaitan Majlis Bandaraya Johor Bahru oleh YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru.

Pertemuan ini adalah bertujuan untuk mempelajari struktur organisasi dan dasar MBJB selain menerokai peluang kerjasama di antara kedua-dua organisasi khususnya dalam aspek agenda masyarakat rendah karbon, bandar pintar, teknologi hijau dan lain-lain lagi.Delegasi turut dibawa untuk melawat Galeri MBJB serta sekitar bangunan Menara MBJB.

#JBMampan
#JBThinkGreen

LAWATAN NAMHAE COUNTY COUNCIL

LAWATAN NAMHAE COUNTY COUNCIL