18 November 2026 | Marriott Hotel, Petaling Jaya
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sekali lagi melakar pencapaian membanggakan di persada antarabangsa apabila dinobatkan sebagai penerima Asia AI Excellence Award 2026 bagi kategori “AI in Governance & Ethics” (Kecerdasan Buatan dalam Tadbir Urus dan Etika).
Pengiktirafan berprestij ini diterima oleh Encik Mohd Hafiz bin Aliman, Tuan Setiausaha MBJB yang merupakan manifestasi komitmen berterusan MBJB dalam menerajui transformasi digital melalui penerapan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) secara bertanggungjawab, beretika dan berteraskan kepentingan rakyat dalam memperkukuh sistem tadbir urus serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan perbandaran.
Lebih membanggakan, kejayaan ini meletakkan MBJB sebaris dengan organisasi terpilih di peringkat Asia yang diiktiraf atas kepimpinan dan pendekatan progresif dalam mengadaptasi teknologi AI secara beretika serta berpaksikan kesejahteraan manusia.
Majlis penyampaian anugerah tersebut telah berlangsung pada 18 November 2026 bertempat di Marriott Hotel, Petaling Jaya, bersempena Asia AI Excellence Awards 2026 Gala Night.
Pencapaian ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap usaha inovasi dan pendigitalan MBJB, malah menjadi pemangkin untuk terus memperkasakan agenda Bandar Pintar (Smart City) ke arah mewujudkan sebuah bandar raya yang lebih cekap, inovatif, mampan dan berdaya saing di peringkat global.
Image
Image