Lawatan Kerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Ke Majlis Bandaraya Johor Bahru

KHAMIS, 19 NOVEMBER 2026 | MENARA MBJB
Seramai 9 orang delegasi dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mengadakan lawatan kerja untuk mendapat pendedahan serta perkongsian pengalaman berkaitan sistem dan amalan terbaik dalam pengurusan aset, stor dan fasiliti awam.
 
Delegasi dari DBKK ini disambut mesra di Menara MBJB dan diiringi ke dewan taklimat bagi memberi maklumat mengenai mekanisme pengurusan aset tak alih yang sistematik dan berkesan di MBJB. Input serta modul sistem yang dikongsikan akan dijadikan rujukan utama oleh pihak DBKK dalam menambah baik kecekapan tadbir urus, mengoptimumkan kos penyelenggaraan, dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak delegasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu kerana sudi mengadakan sesi lawatan ini. Semoga kerjasama dan ikatan yang erat dapat dipupuk antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Majlis Bandaraya Johor Bahru.