Skip to main content

Johor Smart City Forum 2026 Vol. 2 Cetus Transformasi Bandar Pintar, Pacu Johor Ke Arah Masa Depan

22 September 2026 | Toppen Shopping Centre, Johor Bahru
 
Johor terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh ekosistem bandar pintar menerusi penganjuran Johor Smart City Forum (JSCF) 2026 Vol. 2 yang berlangsung di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru. JSCF 2026 Vol. 2 telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor.
 
Mengangkat tema ‘Smart Living, Smarter Communities’, forum ini menghimpunkan jabatan dan agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pemain industri, institusi pengajian tinggi serta komuniti dalam satu platform strategik bagi memperkasa agenda bandar pintar Negeri Johor yang berteraskan teknologi, inovasi dan kesejahteraan rakyat.
 
Image
Johor Smart City
Image
Johor Smart City Forum
Image
Johor Smart City Forum
Image
Johor Smart City Forum