Skip to main content

JB Street Dakwah Meriahkan Hari kedua JB Festival 2026

 
17 September 2026 | 0 KM Jalan Dato’ Onn, Johor Bahru
 
Hari kedua JB Festival 2026 berlangsung dengan jayanya menerusi JB Street Dakwah, yang mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 2,000 pengunjung.
 
Program yang menggabungkan pengisian dakwah, perkongsian ilmu dan persembahan Akustik Dakwah bersama Chapter Band ini bukan sahaja memeriahkan suasana JB Festival, malah menjadi wadah untuk masyarakat bersama-sama menghayati nilai keagamaan, ilmu dan ukhuwah dalam suasana santai serta dekat dengan komuniti.
 
Kehadiran ribuan pengunjung membuktikan bahawa JB Festival 2026 terus menjadi platform yang menghimpunkan masyarakat melalui pelbagai pengisian bermakna, daripada kebudayaan dan kesenian hinggalah kepada nilai kerohanian.
 
Dari pentas festival, menuju ke hati masyarakat.
 
JB Festival 2026 yang meriah Acara dan pengisian bermakna!
Image
JB Street Dakwah
Image
JB Street Dakwah
Image
JB Street Dakwah
Image
JB Street Dakwah