Skip to main content

JB Festival 2026 : Meriah Warna-Warni Budaya Menyatu Harmoni Bangsa Johor

Detik penuh bermakna tercipta di 0KM Johor Bahru apabila YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor berkesempatan merasmikan JB Festival 2026, sebuah festival yang mengangkat keunikan kebudayaan dan kesenian sebagai wadah menyatukan masyarakat serta memperkukuh identiti Johor Bahru.
 
Majlis perasmian turut diserikan dengan kehadiran YB Dato' Haji Mohammed Ridha bin Dato' Haji Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Sr Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, serta barisan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor dan barisan Ahli Majlis MBJB.
Berlangsung selama lima hari, mulai 16 hingga 20 September 2026, JB Festival 2026 menampilkan pelbagai pengisian menarik berteraskan kebudayaan dan kesenian Bangsa Johor, dengan mengetengahkan kepelbagaian warisan, kreativiti seni serta keharmonian masyarakat pelbagai etnik.
 
Lebih daripada sekadar sebuah festival, JB Festival 2026 menjadi pentas yang menyatukan seni, budaya dan komuniti, sekali gus memperlihatkan wajah Johor Bahru sebagai sebuah bandar yang kaya dengan warisan, hidup dengan kepelbagaian dan terus berkembang sebagai destinasi bandar raya bertaraf antarabangsa.
 
Dari 0KM Johor Bahru, kita raikan kepelbagaian.
Dari Johor Bahru, kita semarakkan kebudayaan.
Bersama, kita jayakan JB Festival 2026!
 
Image
JB Festival 2026
Image
JB Festival 2026
Image
JB Festival 2026
Image
JB Festival 2026