Sila ambil perhatian berkenaan jalan-jalan yang akan ditutup sementara sempena JB Car Free Morning pada Ahad, 13 September 2026 bermula jam 6.45 pagi hingga 9.00 pagi.
Laluan terlibat:
1. Persiaran Abu Bakar Sultan
2. Jalan Tun Dr Ismail
3. Jalan Dato' Onn
4. Jalan Ibrahim
5. Jalan Wong Ah Fook
6. Jalan Gereja
7. Jalan Trus
8. Jalan Abdullah Ibrahim
9. Jalan Khalid Abdullah
10. Jalan Ismail Sultan
11. Jalan Sulaiman
12. Jalan Ayer Molek
13. Jalan Gertak Merah
Peserta Car Free Morning boleh meletakkan kenderaan di (sebelum 6.45 pagi):
1. Tempat letak kereta Penjara Air Molek
2. Bangunan JB Waterfront (Lot 1)
3. Jalan Syed Mohd Mufti
4. Laman Tun Sri Lanang
5. Ruang parkir Jalan Ayer Molek, bersebelahan Menara Tabung Haji
6. Ruang parkir bersebelahan Galleria@Kotaraya
Pengunjung Zoo Johor boleh mengakses ke ruang parkir di Penjara Ayer Molek melalui laluan alternatif dari Jalan Lingkaran Dalam - Jalan Yahya Awal - Penjara Ayer Molek.
