Skip to main content

Podcast Lepak Bando JB | Episod 10 - Perlukah Hutan Dalam Bandar

Kita membina bangunan semakin tinggi.
Kita mengejar teknologi semakin pintar.
Jalan raya semakin sibuk, bandar semakin moden…
Tetapi dalam kesibukan itu, di mana ruang untuk alam? 
Pernahkah kita terfikir, kalau sebuah bandar terlalu banyak konkrit tetapi semakin kurang pokok, masihkah ia selesa untuk didiami?
Pokok bukan sekadar penghias jalan.
Hutan bandar bukan sekadar kawasan hijau.
Ia adalah nafas, teduhan, keseimbangan dan warisan untuk generasi akan datang.
Dalam episod kali ini, Podcast MBJB membawa anda menyelami dunia Arborikultur, Hortikultur dan Landskap untuk membongkar pelbagai persoalan.
 
Semua dikongsikan dalam episod khas ini!
Tonton episod penuh di saluran : YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=bYjlVJqgAY8
Dan paling penting…Bolehkah Johor Bahru menjadi bandaraya pintar tanpa kehilangan jiwa hijaunya?
 
Jangan lepaskan episod “PERLUKAH HUTAN DALAM BANDAR?”
Dalam masa yang sama, setinggi-tinggi TAHNIAH DAN SYABAS BUAT MBJB sempena Hari Landskap Negara 2026! MBJB telah berjaya meraih NAIB JOHAN pada tahun ini — satu pencapaian yang membuktikan usaha membangunkan bandar yang bukan sahaja moden dan pintar, tetapi juga hijau, indah dan lestari.
 
BANDAR BOLEH MENJADI PINTAR, TETAPI BIARLAH IA TERUS BERNAFAS.
 

Podcast JB Lepak Bando