Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) ingin memaklumkan bahawa talian telefon MBJB sedang mengalami gangguan teknikal buat sementara waktu.
Sehubungan itu, orang awam mungkin menghadapi kesukaran untuk menghubungi MBJB melalui talian telefon sehingga dimaklumkan kelak.
Bagi sebarang pertanyaan atau urusan yang memerlukan perhatian segera, orang awam boleh menghubungi MBJB melalui saluran alternatif berikut:
E-mel: info@mbjb.gov.my
WhatsApp: 019-7788212
Media sosial rasmi MBJB: Facebook dan platform media sosial rasmi MBJB
Pihak MBJB sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi memulihkan perkhidmatan tersebut secepat mungkin. Sebarang perkembangan berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Segala kesulitan yang dialami amat dikesali. Terima kasih atas kesabaran, kerjasama dan perhatian anda.