Portal GeoJB merupakan platform Sistem Maklumat Geografi (GIS) MBJB yang mengintegrasikan data daripada pelbagai sistem dan jabatan di bawah Majlis Bandaraya Johor Bahru. Sebagai platform data terbuka MBJB, Portal ini membolehkan warga bandar raya serta pihak berkepentingan mengakses maklumat spatial dengan lebih mudah, pantas dan interaktif.
Melalui Portal GeoJB, pengguna boleh mendapatkan pelbagai informasi berkaitan pembangunan dan urbanisasi Bandar Raya Johor Bahru, termasuk kemudahan awam, lokasi strategik, perancangan bandar serta pelbagai data penting yang menggambarkan identiti dan perkembangan bandar raya kita.
Selain itu, warga JB juga boleh meneroka bandar raya secara maya melalui platform TEROKAI JOHOR BAHRU seperti yang dipaparkan dalam gambar di bawah. Antara tarikan dan informasi yang boleh diakses ialah:
- Taman Awam
- Perpustakaan Awam
- Fasiliti MBJB
- Ruang Niaga
- Anjung Selera
- Pasar Malam
- Pasar Pagi
- JJCM di JB
Platform ini memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat lokasi dan kemudahan di sekitar Johor Bahru hanya di hujung jari!
