Warga Bandaraya Johor Bahru dan seisi keluarga dijemput ke Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) 2026 yang pastinya penuh dengan kemeriahan, juadah istimewa dan suasana penuh muhibah!
Tarikh: Khamis, 2 April 2026
Masa: 11.00 pagi hingga 3.00 petang
Lokasi: Stadium Tertutup Arena MBJB Larkin
Ayuh kita bersama-sama meraikan Syawal, mengeratkan silaturrahim serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga bandar raya. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai hidangan enak dan bertemu mesra dalam suasana penuh keceriaan!
Jumpa anda di sana, kita raya sama-sama!
