Recognised as the second-largest city in Malaysia, Johor Bahru is a metropolitan city covering an area of 1,816 square kilometres. First known as Tanjung Puteri in 1855, Johor Bahru was officially declared the state capital and administrative centre of the Johor Darul Ta’zim State Government on 1 January 1896. Its strategic location as the main gateway connecting the neighbouring countries of Malaysia and Singapore via the Johor Causeway has earned the city the title “The Southern Gateway.” Johor Bahru’s rapid development has also established it as a prominent centre for industry, commerce, and tourism.
Hutan Bandar ini terletak di Jalan Tasek Utara, Kolam Ayer, Johor Bahru. Berkonsepkan Taman Rekreasi Keluarga dalam suasana alam semulajadi yang nyaman, selesa dan harmoni yang berkeluasan kira-kira 35 ekar. Taman ini siap dibina dan dibuka kepada orang awam pada tahun 1987.
Konsep perancangan dan rekabentuk berteraskan struktur topografi, sumber air, flora dan fauna yang diadun dengan ruang-ruang aktiviti serta kemudahan secara bersepadu dengan bantuan kepakaran daripada Unit Penyelidikan dan Perundingan Universiti Teknologi Malaysia. Kawasan rekreasi ini mengekalkan rupabentuk asal dengan penebangan pokok pada tahap yang paling minima.
Hutan Bandar Children's Pool is an ideal place for recreational activities with family. It is open on Saturdays, Sundays, and public holidays from 9:00 a.m. to 6:00 p.m. Admission is free.
Open on Saturdays, Sundays, and public holidays from 9:00 am to 6:00 pm
Mercu tanda Kilometer Sifar atau 0 KM yang terletak di tengah bandar Johor Bahru ini merupakan kedudukan yang paling selatan bukan sahaja di Semenanjung Malaysia malah bagi Tanah Besar Asia. Mercu tanda 0 KM ini juga merupakan permulaan bagi tempat bermulanya ukuran KM di Semenanjung Malaysia.
Bangunan ini telah dibina pada tahun 1940 hasil gabungan senibina Melayu Johor, Islam dan kolonial. Bangunan ini menjadi bangunan tertinggi di Malaya ketika zaman sebelum merdeka. Ketika perang Dunia ke-2, tentera Jepun telah menduduki bangunan tersebut sebagai kubu mereka dan pusat gerakan untuk menyerang Singapura. Terdapat ukiran seperti bunga cengkih dan lada hitam di tiang sebagai lambang hasil utama negeri Johor pada ketika itu.
Menara ini adalah yang pertama di Johor berkonsepkan ruang hiburan di udara (aerial entertainment space). Salah satu tarikan terbaru di tengah bandar Johor Bahru yang menampilkan gabungan teknologi dan hiburan pada ketinggian 149 meter dari aras tanah, bakal memberikan pengalaman terbaik buat pengunjung.
Laman Air Hutan Bandar sangat sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga. Dibuka pada hari Sabtu, Ahad dan cuti Umum bermula pukul 9.00 pagi - 6. 00 petang. Kemasukan adalah percuma.
Open on Saturdays, Sundays, and public holidays from 9:00 am to 6:00 pm
Sebuah taman tema yang kompak dengan keseronokan dan cabaran. Selain taman tema air, pengunjung juga boleh mencabar diri dengan permainan-permainan halangan bertali seperti Zip Line, Pirate Crossing, Rope Trapeze dan pelbagai lagi di Austin Heights Water Park ini. Selain itu, aktiviti meluncur ais, permainan Go-Kart, dan Jump Street juga turut disediakan.
-
Mercu tanda Mahkota Istana Johor yang tersergam indah di pintu gerbang kediaman rasmi DYMM Sultan Johor ini dikenali sebagai Laman Mahkota Istana Bukit Serene. Terletak berhadapan dengan Danga Bay di Jalan Straits View, Laman Mahkota Istana Bukit Serene ini merupakan tarikan terbaru di Johor Bahru.
Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 9.30 pagi – 5.00 petang
Lebih dikenali sebagai Bazaar Karat atau Bazaar JB, ia adalah tempat yang menarik untuk pengunjung yang ingin merasai keseronokan membeli-belah di pasar lambak daripada mengunjungi kedai berjenama di pusat membeli-belah. Selain itu, pengunjung juga akan menemui pemuzik dan penyanyi memainkan melodi mereka yang memukau.
Selasa - Jumaat : 6:00 petang - 12:00 pagi
Sabtu - Ahad : 7:30 petang - 12:00 pagi
Isnin : 5:00 petang - 12:00 pagi