Majlis ini bakal menghimpunkan kepimpinan bandar raya, komuniti setempat serta para penerima sumbangan dalam suasana penuh keberkatan dan kebersamaan sempena bulan Ramadan yang mulia.
Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat handai bagi mengeratkan ukhuwah, menyemai nilai kasih sayang serta berkongsi rezeki dengan golongan asnaf. Semoga kehadiran kita semua menambahkan lagi keberkatan serta mengimarahkan Ramadan dengan amal kebajikan.
Bersama kita menyantuni, bersama kita berkongsi.
