Skip to main content

Jemputan Kepada Semua Peniaga : Program Taklimat Tandas Bersih, Menawan dan Wangi dan Syarat Pelesenan Premis Makanan MBJB

Semua peniaga premis makanan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) adalah dijemput hadir ke:
 
 Tarikh: 20 Januari 2026
 Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
 Tempat: Menara MBJB
 
Program ini bertujuan memberi pendedahan serta penjelasan berkaitan pemantapan kebersihan tandas awam dan pemahaman syarat pelesenan premis makanan, sejajar dengan usaha MBJB meningkatkan tahap kebersihan, keselesaan dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.
 
Kehadiran dan kerjasama semua peniaga amatlah diharapkan dan dihargai demi memastikan pematuhan piawaian serta imej bandar raya Johor Bahru yang bersih, menarik dan berdaya saing.

Taklimat Tandas BMW