Skip to main content

Jom Hayati dan Fahami Al-Quran Bersama Komuniti

Perpustakaan Sultan Ismail, Majlis Bandaraya Johor Bahru menjemput seluruh komuniti Bandaraya Johor Bahru untuk menyertai Kelas Tadabbur Al-Quran Komuniti & Fardhu Ain yang PERCUMA dan terbuka kepada peserta berumur 12 tahun dan ke atas.

Program ini memberi fokus kepada penghayatan ayat-ayat suci Al-Quran serta pengukuhan ilmu Fardhu Ain bagi membentuk kefahaman yang lebih mendalam, amalan yang betul dan kehidupan berlandaskan nilai Islam. Kelas akan dibimbing oleh Ustaz Zuhdi, Pegawai Pentafsir Al-Quran dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Tarikh : 31 Januari 2026
Hari : Setiap hari Sabtu Minggu Ke-4 
Masa : Jam 3.00 Petang
Tempat : Pusat Sivik Larkin, MBJB
https://share.google/wRGuYYMX7qFmtN0bc

Jom daftar sekarang dengan imbasan kod QR atau klik link di bawah.
https://chat.whatsapp.com/Dn6FhQAE2wREQjqAaaF8cw

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Ustaz Zuhdi : 010 - 531 0278
Encik Farhan : 011 – 1563 0243

Ayuh manfaatkan peluang ini untuk menambah ilmu, mendalami tadabbur Al-Quran dan memantapkan kefahaman Fardhu Ain bersama komuniti setempat. Jom sertai sekarang!

hayati & fahami al-quran