Satu platform penting untuk memahami hala tuju pembangunan hijau dan usaha bandar raya menuju masa depan rendah karbon.
Butiran Program:
Tarikh: 8 Disember 2025
Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Dewan Kenanga, Aras 2, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru
CPD LAM: Telah dimohon
Pendaftaran: Imbas QR pada poster
Mari bersama menyokong inisiatif hijau dan transformasi bandar yang lebih mampan.
Comprehensive Assessment System for Bulit Environment Efficiency, Iskandar (CASBEE Iskandar) merupakan satu kaedah (tools) / alat penilai dan penarafan kepada bangunan serta alam sekeliling yang berasal dari Jepun dan diolah agar bersesuaian dengan konteks tempatan serta mengambil kira pembangunan dengan pelepasan karbon yang rendah.
Inisiatif yang diperkenalkan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru ini diharapkan dapat memberi galakan dan kesedaran tentang kepentingan agar menjaga alam sekitar disamping kepesatan pembangunan selain bersama-sama mensasarkan capaian cekap tenaga yang boleh menyumbang ke arah sasaran karbon neutral tahun 2050 kelak.
Oleh itu, pemain-pemain industri pembangunan di Negeri Johor khususnya dan Malaysia secara amnya, dijemput hadir dan menyertai program Pelancaran CASBEE Iskandar MBJB. Perserta akan disajikan dengan Sesi Forum bersama panel-panel yang berpengalaman dan berkaliber dalam Pembangunan Hijau dan penerangan berkaitan inisiatif serta insentif daripada MBJB terhadap sektor pembinaan di Johor Baharu.
