Skip to main content

Hari Cuci Malaysia 2025 - Ayuh Johor Bahru Kita Turun Padang

Tahukah anda?
Hari Cuci Malaysia merupakan program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 7 Februari 2025 yang lalu, di mana telah ditetapkan setiap Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia (HCM).
Gotong-Royong Mega Seluruh Negara!
 
Bersempena World Clean Up Day 2025, ayuh kita turun padang bersama-sama dalam Program Pembersihan Mega yang berlangsung serentak di seluruh Malaysia.
 Tarikh: 27 September 2025 (Sabtu)
 Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
 Lokasi: Tempat Letak Kereta, Masjid Tun Hussein Onn, Larkin, Johor Bahru
 Jom sertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan:
 Program Kebersihan Mega
 Kutipan barangan kitar semula & e-waste
 Pengumpulan minyak masak terpakai
 
Sambutan ini membawa semangat gotong-royong komuniti dalam menjadikan Johor Bahru lebih bersih, indah, lestari dan berdaya huni.Semua dijemput hadir. Bawa keluarga & sahabat – mari kita jayakan Hari Cuci Malaysia 2025!
Image
Hari Cuci Malaysia 2025
Image
Hari Cuci Malaysia 2025
Image
Hari Cuci Malaysia 2025