Skip to main content

Sesi Bersama Komuniti : Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar 2025

 20 Julai 2025 (Ahad)
 8.00 pagi
 Dewan Terbuka Jalan Bunga Matahari, Plentong

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menganjurkan KEMPEN PENGURUSAN HAIWAN TERBIAR TAHUN 2025, satu inisiatif yang menyasarkan pendekatan beretika dan mampan dalam menangani isu haiwan terbiar, khususnya anjing, di kawasan bandar.

Dengan bertemakan ANJING TERBELA, KOMUNITI BAHAGIA, kempen ini bakal menyajikan pelbagai program menarik yang merangkumi aktiviti kesedaran komuniti, pelesenan dan penanaman mikrocip pada haiwan peliharaan, program pengembirian dan vaksinasi, serta peluang untuk pengambilan haiwan angkat. 

Penganjuran kempen ini bertujuan untuk memupuk sikap pemilikan haiwan peliharaan yang lebih bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat, di samping memperkasa peranan komuniti serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha kebajikan haiwan. Selain itu, kempen ini turut menyokong pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memperkemas pengurusan haiwan terbiar, selaras dengan dasar Trap-Neuter-Release-Manage (TNRD) yang digariskan bagi memastikan keseimbangan ekosistem bandar dan kesejahteraan komuniti.

Kami menyeru seluruh komuniti, NGO dan pihak berkepentingan untuk hadir dan turut serta dalam usaha bersama ini demi kesejahteraan haiwan dan keharmonian komuniti. Bersama kita wujudkan komuniti yang prihatin, selamat dan sejahtera.

Image
Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar