Jumaat, 20 Jun 2025 — Majlis Bandaraya Johor Bahru melalui Jabatan Pelesenan telah mengadakan Klinik Pelesenan di Cenderawasih Corner, Larkin Jaya.
Klinik ini dianjurkan khas untuk memudahkan urusan para peniaga di sekitar Larkin Jaya. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah:
(1) pendaftaran lesen perniagaan dan iklan baharu,
(2) pendaftaran lesen sementara penjaja baharu,
(3) pembaharuan lesen perniagaan dan iklan termasuk lesen penjaja sementara, serta
(4) khidmat konsultasi berkaitan lesen anjing peliharaan.
Dengan inisiatif sebegini, MBJB berharap lebih ramai peniaga dapat menguruskan permohonan lesen dengan mudah, cepat dan mesra di lokasi komuniti mereka sendiri.
Image

Image
