Kejohanan Catur Piala Datuk Bandar Ke-13 Anjuran MBJB dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Johor

KEJOHANAN CATUR PIALA DATUK BANDAR KE-13

Sabtu, 7 Oktober 2023 | Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Catur Piala Datuk Bandar Ke-13 Anjuran MBJB dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Johor telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, di Dewan Kenanga Menara MBJB, semalam.

Seramai 220 orang peserta terdiri daripada seluruh negara telah menyertai kejohanan ini dalam tujuh kategori iaitu Kategori Terbuka, Wanita, Terbaik Bawah 20 Tahun, Bawah 12 Tahun, Veteren, OKU dan Kategori Badan Kerajaan.

Johan kategori utama iaitu Kategori Terbuka telah dimenangi oleh Anderson Ang Ern Jie yang berasal dari Kuala Lumpur dengan membawa pulang wang tunai RM1,300.00, medal, piala pusingan serta sijil penyertaan.

Turut hadir sama ialah YBhg. Datuk Haji Mohamad bin Dolmat, Ketua Whip Ahli Majlis MBJB, Ir. Hajah Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha MBJB, dan wakil dari Persatuan Catur Negeri Johor iaitu Encik Cheong Kok Lore, Timbalan Presiden, Encik Azri bin Hohad, Naib Presiden, dan Encik Dinesh A/L Govijan, Penolong Setiausaha Persatuan.

Tahniah diucapkan kepada seluruh peserta Kejohanan Catur Piala Datuk Bandar Ke-13!

Kejohanan Catur

Kejohanan Catur