Majlis Perasmian Konvensyen Persatuan Pegawai Penilaian Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia Tahun 2023

MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN PERSATUAN PEGAWAI PENILAIAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA TAHUN 2023

Isnin, 2 Oktober 2023 | YB Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Konvensyen Persatuan Pegawai Penilaian Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (PEPAM) di Dewan Kenanga, Menara MBJB, malam tadi.

Seramai 202 orang dari 72 PBT seluruh Malaysia telah mendaftar sebagai peserta konvensyen ini yang akan berlangsung selama 3 hari iaitu bermula 2 Oktober 2023 sehingga 4 Oktober 2023.

Konvensyen ini diadakan bertujuan membincangkan isu-isu semasa disamping memberikan halautuju yang lebih jelas berkaitan dengan peranan profesion penilaian di PBT.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru, dan YBhg. Datuk Sr. Haji Kamarulzaman bin Haji Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Persatuan Pegawai Penilaian PBT Malaysia.

konvensyen

konvensyen